Saya memejamkan mata dan cuba menyelami falsafah dunia. Setelah ditolak oleh ombak berkali-kali, saya cuba bergerak lebih jauh ke tempat yang lebih dalam. Halangan ombak yang mendatang semakin kuat, seolah-olah sedang mencuba untuk membawa saya ke darat. Saya tidak mahu mengalah, jadi saya meredah ombak itu dan berjalan ke arah dasar laut yang lebih dalam lagi. Akhirnya tiba juga saya ke kawasan yang tidak berombak. Tiba sahaja di situ, saya mula mendapat inspirasi. Setelah mengamati pattern ombak tadi, saya faham, jika saya menuju ke arah yang lebih dalam maka ombak yang menolak akan menjadi lebih kecil kuasanya.
Di sini saya faham, ombak itu bagaikan halangan, yang cuba menolak kita ke tempat asal kita bermula. Semakin kita berusaha untuk melawannya, semakin kecil halangan itu menjadi. Dalam proses untuk mencapai matlamat, ombak yang melanda adalah amat kuat sekali. Tetapi jika kita berjaya melaluinya, akhirnya kita akan mendapat ketenangan. Saya menyarankan anda untuk cuba berenang ke tengah laut. Kamu pasti akan berasa amat tenang apabila terapung di tengah-tengah laut. Rasanya sungguh hebat sekali. Alangkah indahnya kehidupan ini, untuk sesiapa yang dapat merasainya.
Falsafah hidup boleh dilihat apabila kita cuba bersatu dengan alam. Kemampuan melihat kita bergantung kepada cara pemikiran kita. Betapa ajaibnya alam ciptaan Tuhan ini.
6 comments:
-mr. harith atris_
hey!!!...nice vacation man.i wish i cud follow 2.peh....feel da breeze.....da ocean.....da ripple spread...owh man...really3 relaxing..juz like wash away all da probs from tip too toe...huhuhu....cant imagine at all....yeah chan...wat a great family trip...wish u keep on blogging until ur lasr breathe!!!!!!!keep punching chan...!!!! chan rocks!!!!!!!!!
x_x
-mr. harith atris- @>-----
tenkiu2, i will.
follow lah blog ni ye. =)
hey..aku pn penah wat cm tue gak..mase aku kecik2 dlu aku suke mndi laut..n ade sekali tue aku try selam selame yg leh smpai aku sndiri x tau bape lame mase dh b'lalu..dlm air tue aku rase feeling yg aku sndiri tleh nk gmbarkn ape..rase tenang..rase aman sgt..n than je yg tau rase die cmne..n sjak tue aku suke selam lame2..hehe.. ;p
your entry is artistic, man!!
the girl in the photo looks hot..
:P
really like this post~ :)
thx for your appreciation!
really made my day. =)
Post a Comment