Seringkali apabila saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di luar, mereka selalunya akan menjadi 'musang' apabila terserempak wanita-wanita yang lawa dan cantik. Bila berfikir sejenak, apakah itu kecantikan? Adakah kurus itu cantik dan gemuk itu tidak cantik? Mengapa perempuan yang 'lawa' sahaja dipilih menjadi teman wanita? Secara jujur, saya tidak akan mengambil seorang teman wanita yang mempunyai ketulan silicon di dada, susuk di muka, dan bedak putih satu badan. Saya akan menyayangi teman wanita saya, sebab itulah saya tidak mahu melihat beliau menyeksa diri semata-mata nak nampak 'cantik'.
Perempuan sering menggelabah nak mendedah kulit sebab nak nampak 'seksi'. Tahukah anda apa itu seksi? Seksi itu adalah cuba menggoda orang buat maksiat. Dosa tu! Saya pun tak tahu kenapa budaya mendedah kulit ini menarik hati ramai gadis-gadis di negara kita. Mungkin budaya ini dibawa oleh barat (kesian barat, selalu jadi 'bahan'), tetapi bila saya melihat pakaian gadis di Amerika, pakaian mereka kalah teruk dengan gadis-gadis Malaysia! Gadis Malaysia lagi 'barat' dari barat sendiri! Aduh gadis Melayu, mengapa tidak mahu memakai tudung? Tudung sudah diperkenalkan oleh agama dan budaya kamu sendiri, kenapa tidak mahu ikut? Saya lebih suka melihat perempuan yang memakai tudung daripada perempuan yang seksi, sejuk hati bila terpandang orang bertudung ni. Sibuk sangat mengikut budaya orang buat apa?
Kadangkala cara orang Malaysia nak mencantikkan diri ini nampak lebih bodoh dari barat. Orang barat pakai silicon. Orang kita pakai patung berhala. Barat cucuk Botox. Orang kita cucuk susuk. Mereka buat pembedahan. Kita buat jampi. Orang barat kalau surgery mereka gagal, muka mereka jadi macam binatang; kalau orang kita jampi fail, mereka tukar jadi hantu kum-kum. Kalau mahu buat dosa pun buatlah dosa yang kecil sikit, pakailah kaedah saintifik sikit! Kenapa nak buat dosa besar sampai nak bersyirik? Aduh, dah lah setakat nak nampak cantik sahaja. Rugilah orang macam itu. Lagipun bukannya cantik sangat pun, nampak macam orang plastik sahaja. Biasa-biasa kan dah cukup cantik?
Wajah itu satu kurniaan Tuhan. Kalau kamu mengutuk muka kamu buruk bermakna kamu mengutuk 'masterpiece' Tuhan. Ada hikmahnya di sebalik muka yang tidak diminati ini. Sekurang-kurangnya dah kurang satu kes rogol. Sekurang-kurangnya tak ada lelaki gatal nak SMS kamu setiap malam. Ada hikmahnya. Jikalau satu hari nanti ada juga lelaki yang mahukan kamu, lelaki itu sudah tentu akan mencintai kamu dengan hati yang ikhlas dan tiada nafsu seks yang macam kuda. Lagipun, wajah ini hanyalah luaran sahaja, hati nurani lah yang paling penting dan berharga sekali.
4 comments:
salam ziarah :D
ermm btol tuu in reality life :D
haha...saya mmg bersetuju..
mmg dah begitu lumrah seorang manusia yg xpernah belajar ntuk bersyukur,memandang keduniaan semata2,n xberpandangan jauh....
'beauty depends on who's looking'- some guy from movie something.
Chan....
Hidup ini memang kadanbg2 tak adil....
Tapi apa yang kita boleh buat jadi yang terbaik.....
Setiap gerak gerikita itulkah diri kita....
Semoga satu hari nanti chan akan memahami kehidupan ni.... erti kehidupan.....
Dunia ini terlalu hina untk kita tangisi dan fikirkan....
(@,@)
Post a Comment