Malaysia ini dikira sebagai negara yang agak banyak membawa budaya timur. Timur ni sering memperkenalkan budaya mereka sebagai sopan-santun, berbudi bahasa, dan tradisional. Saya amat bangga kerana saya tinggal di sebuah negara timur, tetapi saya kurang bersetuju dengan sikap orang timur terhadap perbincangan terhadap seks.
Masa saya kecil dahulu, apabila saya tanya mak ayah saya tentang seks, saya akan disuruh diam. Mereka memberitahu saya bahawa saya cuma boleh mengetahuinya bila saya kahwin nanti. Apa?? Ini tidak logik. Bukankah saya akan menjadi serba tidak tahu masa malam pertama nanti? Jika begitu, bagaimana pula saya mahu membuat perancangan? Saya kurang faham mengapa sex education ini diabaikan dan tidak didedahkan kepada kanak-kanak. Sex education bukannya suruh mereka melihat video lucah, apa salahnya?
Jika para akademik ingin mendedahkan sex ed kepada pelajar apabila mereka mulai matang, bergunakah? Saya ini sebagai seorang pelajar, saya melihat perkara ini lebih merumitkan keadaan. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana sewaktu saya dalam Tingkatan 3, bila belajar pasal Chapter 4 dalam Science, budak lelaki yang duduk sekeliling saya boleh menyalak macam anjing. Mengapa mereka excited sangat? Ini kerana mereka sudah 'matang'. Mereka sudah pandai berimaginasi. Ini lebih menerukkan keadaan. Ada antara kawan saya yang mula 'menamatkan' keterunaan lepas belajar pasal Chapter 4 dalam Science ini.
"Tu lah, dah gersang sangat belajar dalam class, kenalah praktiskannya", kawan-kawan saya sering memberitahu saya. Tidakkah para akademik tahu, bahawa kanak-kanak yang masih belum baligh lagi tidak mempunyai nafsu seks yang keterlaluan? Tidakkah ini peluang yang baik untuk mengajar mereka pendidikan seks? Jika budak-budak kecil ini didedahkan dengan pendidikan seks dari awal lagi, mereka mungkin memahami tujuan seks yang sebenar, yang pastinya bukan untuk tujuan hiburan.
Tahukah anda, sejak di bangku sekolah lagi, bila saya bertanya kawan-kawan saya tentang kerjaya impian mereka, rata-rata akan menjawab mahu menjadi gynecologist. Kamu faham-faham lah sendiri.
1 comment:
Salah tulis ~.~
Abg kte dah buat blog nampak?? :3
sejak bile hang pandai bersastera?? xD
P/s: ye aku baca gak post ko tu. aku xde komen.
Fizzy
Post a Comment