Curang ni sebenarnya satu dosa yang agak besar juga. Orang biasanya bercurang bila dah hilang 'stim' dengan suami/isteri mereka. Bagi saya, curang ni adalah satu daripada pelbagai dosa yang saya tidak mahu lakukan dan tidak mahu diperlakukan. Jika saya mencintai seseorang, saya mahukan kesetiaan daripada beliau dan saya akan memberi kesetiaan kepada beliau juga.
Orang yang bercurang memang banyak alasan nak diberi bila ditangkap basah. Lazimnya, dah hilang stim. Nafsu mereka dah jadi macam kuda sampai tak dapat nak dipuaskan hinggakan kena mencari orang lain. Penting sangat ke seks ni? Kena seks setiap masa baru dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga ke? Laki dengan perempuan ni sama saja, saya tak fokus ke atas satu jantina sahaja. Saya ingin memberikan cadangan kepada para pencurang ini, kalau betul-betul dah hilang stim, pilih antara dua ini: Pertama, minta cerai dan cari lain. Kedua, pergi potong, tak payah nak stim langsung.
Ni alasan yang lagi bodoh, bercurang sebab suami/isteri pun turut curang. Aduh, cacat ke apa? Kalau dah tahu pasangan curang, lafaz cerai lah! Nampak sangat mereka ni nak turut serta bercurang sekali juga. Kalau dah ada anak, pandai-pandai agihkan, jangan nak bertangguh. Kalau dah keadaan macam itu, kena buat sesuatu! Takkan nak tunggu bot karam baru nak menggelabah? Sekali lagi, ni alasan yang memang nak dapat penampar. Tak boleh terima langsung. Ada satu kes lagi meyayat hati, si suami kata si isteri dah tak lawa macam dulu - dah tua. Aduh, tak sedar diri! Sendiri pun dah umur 50!
Kamu sebagai pembaca mungkin tertanya-tanya mengapa saya mahu bercerita tentang ini dalam blog saya. Saya mahu menjelaskan, saya sudah jemu melihat pasangan curang di sekeliling saya. Saya banyak berjumpa mak cik dan pak cik di tempat kerja partime saya yang gatal ini. Saya takut dan rimas bahawa perkara ini akan berlaku ke atas saya. Perkara ini memang boleh menghancurkan hati seseorang. Kalau mudah jemu tak payah berkahwin, kalau dah tak cinta minta cerai. Jangan bercurang.
2 comments:
betol!! aku stju dgn ko.. sku dah naik bosan dgn pangai hipokrit manusia skg nih,. hrp2 meka sdr bila bce blog ko nih.
wahaha bagus2.. doakanlah agar mereka sedar.. harap benda camtu x berlaku kat kita nnt. =)
Post a Comment