Wednesday, December 24, 2008

Cuti Yang Memang Takde Life

Cuti semester ini memang mencabar dan tidak ber'hidup' untuk kali ini. Mula saja cuti dah start planning nak buat BBQ lah pula. Si Harith ni pula beli daging kambing banyak sangat, hinggakan sampai pukul 2 pagi pun tak terhabis lagi daging-daging tu. Habis lah diet 4 bulan saya! Pukul 3 pagi pula pegi cafe makan roti canai (tak kenyang lagi kot). Night life di Malaysia tak ubah macam Gotham City. Dengan araknya, dengan gelanggang perjudiannya. Masa nak pulang tu kita pegi ronda area Sunway melihat kebodohan 'makhluk-makhluk malam', memang satu lorong tu penuh dengan para pelacur yang jantinanya saya tak berapa sure sangat (make-up tebal sangat!).

Yang tak boleh belah nya, mereka ni ingat kita berminat nak melanggan, siap membuat pose lagi. Padahal dalam kereta tu kita tergelak-gelak. Si Aqmal the driver tu pula memandai pergi berhentikan kereta depan pelacur. Rasa nak bunuh diri saja! Masa tu keseronokannya kita saja yang tahu. Tak pernah sekali pun dalam hidup saya berjumpa dengan pelacur. Jumpa juga akhirnya, termakbul juga salah satu hasrat yang berada dalam wish list saya. Hahaha. Rasa sungguh adventurous, pernah ke kamu pernah berjumpa dengan pelacur? Kami pernah, tetapi kami tidak melanggan, hanya menggelak dekat mereka. Harap-harap mereka ni boleh bertaubat lah... Apa gunanya kaya kalau dah 'bertukar milik' ratusan kali?

Balik saja rumah semua berebut toilet, maklumlah, baru minum limau ais dengan teh tarik tadi. Ada pula orang yang tengah stoned hisap shisha. Hahaha, Faiq lah orangnya. Kalau bagitau mak dia, memang kena ground 3 tahun tambah 3 sebatan rotan. Hahaha. Untuk pengetahuan anda, shisha ni bukan dadah, cuma kepulan asap kosong yang masuk ikut mulut dan keluar ikut mulut. It's harmless. Jangan pula esok kena tangkap dengan polis pula. Masa tu dah pukul 4 pagi lebih dah, Harith pulak ada idea gila ajak main game. Semua dah mamai nak tido dah boleh pulak main game lagi. Mana tidaknya, ada penyokong kuat, si Aan pun nak main gak.

Gelak punya gelak, main punya main, dah pukul 6 lebih dah. Semua pergi solat subuh, saya jadi penjaga kasut. Lepas solat, tak jadi tidur, jadi kita pun beronline hingga petang. Fatimah mesti tahu punya, sebab saya boleh lagi berchatting dengan beliau masa pukul 7. Masa petang, huh, semua tumbang. Tidur tak ubah macam mayat. Bangun-bangun saja dah malam dah, pastu pegi McD masa pukul 12 lebih. Mungkin anda ingin mengetahui sehingga pukul berapa kami melepak di situ ya, sehingga 5 pagi. Selepas itu kami bergegas pulang solat subuh.

Hahaha, memang gila. Kamu mungkin sedang berfikir yang kami ni bukan manusia biasa. Tapi inilah cara kami memakai masa cuti kami. Belajar payah-payah, kenalah bergembira, tapi jangan lupa tentang dosa pahala tau. Siapa mahu join kami membuat BBQ untuk cuti semester depan, kami memang alu-alukan, memang sure heboh punya lah kalau dengan kita. Hahaha. Balik kat rumah sendiri saja terus jatuh demam, sakit kepala satu minggu sebab kurang tidur. Adoi, memang sakit, tidakkah anda mengasihaniku? Setiap denyutan di kepala tu membawa seribu kesakitan. Adoi.

Photobucket

6 comments:

Anonymous said...

for those who had read diz posted....
its really3....i mean....
btol2 happened...
thnx to chan 4 published such a wonderful moment(expirience)..
i wish i cud potrait all da f**king moment...
da bbq, da dota games, da hoockers(aka bapok), da roti canai, da syisya ting....& many more...
thnx my fren...may GOD bless u chan....TQ very much!!!!!!!chan rocks!!!..... x_x

Chan said...

haha, gud luck 4 ur mesir trip man. =)

Anonymous said...

da anymous is Harith...like hve been exposed in da article

Anonymous said...

yeah chan....my best fren...
thnx 4 da wish man!!!!

-harith atris-

chak-chak (",) said...

huhu..yeah..aku pn penah ikot abg aku tgok pelacur...tp bukan aku yg nk ikot,abg aku 'pakse'..hehe.. gile tol mase tue pegi pagi2 bute.. ramai b'tenggek tggu cstomers..peh...n rate2 tue sume mak nyah smpai aku sndri xleh nk beze..tp memg cun2 woaa..huhu.. yeah..msg pkol 7 am..org dh tido kite x tido2 lg..hehe..ari yg ko ckap nk blanje aku mcd tue kerk??u owe me..huhu...just kiddin!

Chan said...

yuck, pelacur pompuan aku xkisah sgt.. ni mak nyah yg melampau nih.. =(

haha, aku bkn da blanje mcd ke?? kat mimpi. haha