Jika ada antara pembaca yang gatal tangan mahu membuka laman liveuptilldeath.blogspot.com, saya nasihatkan agar mereka tanggalkan dahulu perasaan prejudis dan pilih kasih sebelum membaca. Motif saya mewujudkan blog pertama itu adalah untuk menyedarkan penganut agama tertentu untuk lebih menyayangi agama mereka di samping membetulkan pandangan orang ramai terhadap agama tertentu. Itu sahaja. Jangan nak gelar saya pejuang suci, saya kurang minat mendengar perkataan 'suci' ni, kerana perkataan ini biasanya dipakai untuk iklan-iklan sabun dan kosmetik sahaja. (Akan saya huraikan dalam blog yang akan datang.) Mungkin anda akan lebih memahami saya dalam blog ini. Saya tahu saya ni akan jadi macam Sukarno bila bertopik tentang agama, tapi kawan-kawan yang telah lama berkawan dengan saya amat memahami sifat-sifat saya.
Saya mahu memulakan blog saya ini dengan berita gembira, saya mendapat 3.82 GPA dalam course TESL saya! Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang ajak saya buat study group (Fadhli
Saya mendedikasikan blog ini kepada kawan-kawan saya yang masih mengingati saya dan kawan-kawan yang baru mengenali saya. Diharapkan agar hubungan kita dapat dipereratkan dan janganlah kita terlost contact pula. Ada orang sedang menanya saya sewaktu saya sedang menulis blog ini, "weyh, kata budak TESL, tulis dalam BM". Suka hati saya lah. Saya lebih selesa memakai BM. Tapi ada blog yang akan datang dalam Bahasa Inggeris nanti. Baiklah, selamat tinggal dan kalau boleh, follow lah blog ini ya! Sayang korang!
1 comment:
yo~congrats d'atas pembukaan blog baru ni..
n cograts gpa tinggi...
n nice header btw~
Post a Comment