Saya rasa penjudi ni tak pernah belajar matematik. Mereka ni tak tahu ke pasal 'probability'? Antara 6 nombor dalam sebiji dadu, cuma ada kebarangkalian 1/6 sahaja dapat nombor yang dipilih. Baiklah, mari kita main judi. Setiap nombor salah yang kamu dapat bila kamu baling dadu tu, kamu kasi saya RM 1. Kalau dapat nombor yang kamu pilih, saya kasi kamu RM 6. Jom main, kita lihat siapa untung dan siapa rugi.
Mengapa saya kata judi ni best? Sebab polis pun main. Kalau polis yang suka menyita kelab 'kuda' ni pun main nombor ekor, maknanya judi ni memang best. Ada ke kamu jumpa polis main PS 3? Kedai nombor ekor ni setiap hari pun meriah. Lagi meriah dari tokong sewaktu Tahun Baru Cina. Lagi meriah dari kuil sewaktu Deepavali. Pelancong barat jangan risau. Kalau kamu mahu pergi ke tempat di Malaysia yang sentiasa meriah, pergilah ke kedai 'Da Ma Cai'. Mesti meriah. Siap ada sami yang tak tahu dia agama apa bertapa kat depan kedai tu lagi.
Kamu kasi dia RM 5, dia kasi kamu tips untuk jackpot. Hebat kan? Judi ni memang cepat mengkayakan kamu. Cuma memiskinkan tahap fikiran kamu je. Jangan risau, tahap fikiran tak memainkan peranan besar pun dalam society. Yang penting duit. Duit, duit, duit. Ada duit, ada awek. Simple je kan? Hidup kat dunia ni memang senang. Sami tu pun memang mulia tau. Dia tak mahu pakai tips yang dia pegang tu untuk menang jackpot. Tapi dia mahu jual 'jackpot' tu kat orang yang sanggup bayar dia RM 5. Mulia kan? Kan, kan, kan?
Tapi jangan mencarut pulak bila kamu dah rugi RM 3500 dalam masa sebulan sebab nak menang jackpot. "Tak ada berkat", kata sami tu. "Try again tomorrow". Betapa bermoralnya sami tu. Dia siap berfalsafah dan memberikan kamu motivasi lagi. Try again tomorrow. Best, judi memang best. Jangan banyak tanya. Nanti tak ada 'ong'.
Sebab tu agama melarang umatnya dari berjudi. Tuhan tak suka orang yang cepat kaya. Dia tak nak orang menyembah duit. Dan lebih kelakar lagi, Dia tak mahu kita rugi DUIT!!!!! Faham ke tak?!

Kuda Da Ma Cai bakal membawa anda ke neraka. Best kan? Kan,kan,kan?
2 comments:
the only thing that I notice about this place, the obvious, is the usage of words.
Agensi nombor ramalan is translated into Sports Toto... I dont see the connection? Why is it a sport?
As for that tok sami... some encouragement he gave. He prolly a prankster that works for the agency.
haha kena tipu hidup2 depa nih.
but true to say, orang yang ber'judi' ini tak pandai mathematic. Poor soul!
yeah, so do i. I don't see any connection between sports and the agency. although there is gambling in some sports like football.
ahahaha, when someone's desperate, they'll do anything. including being stupid. XD
Post a Comment