Friday, June 12, 2009

Mengapa Tuhan Sayangkan Saya

Oh Tuhan, Kau menyayangi saya kerana...

  • Membuatkan saya pening setiap kali saya cuba menghisap rokok.
  • Membuat saya tak dapat masuk Universiti Malaya.
  • Memberikan sesetengah kawan yang suka kutuk belakang.
  • Mengurniakan saya 'tiang' untuk saya menegakkan moraliti dan keagamaan.
  • Memberikan saya sifat kurang penggatal mencari awek.
  • Memberikan keluarga yang supportive.
  • Memberikan saya perangai radikal yang kadang kala membuat saya kehilangan kawan.


Saya percaya sungguh dengan hikmah-hikmahMu, walaupun kadang kala saya tidak faham mengapa saya tidak dapat sesetengah benda yang telah saya sumbangkan usaha. Kamu pasti ada plan yang lebih baik untuk saya, kerana saya telah membuat apa yang sepatutnya. Saya gembira dengan segala kebaikan yang memang telah wujud dalam hidup saya. Dan saya juga berterima kasih ke atas setiap doa yang Kamu tidak makbulkan. Biar masa yang menentukan apa kebaikan yang akan diberikan olehMu, kerana saya percaya Kamu pasti melihat apa yang saya sedang buat, dan Kamu lah yang paling adil. Saya percaya kepadaMu, Tuhan.

12 comments:

Brianna said...

gua sayang lu babe

Sanji desu! said...

kami syang pada mu~~

Chan said...

saya tahu. thank you all. =)

Adele Zaaba said...

Chan, are you converting?

Anonymous said...

babe, gua sayang lu la babe, gua mmg sayang lu la babe, gua dari hati ke hati la babe, gua tak tipula beb eh apesal jadi babe kepada beb ni? beb tau tak? kalau beb ni ada y kat hujung dia, dia jadi beby tau tak? hisap susu tidur, tak payah fikir pasal kerja, life pun macam tu. Lu tau tak membe2 lu semua tulis kami2, kami tu ramai tau beb! beb, kalau wordplayonsixtyeight tu mesti player punya, orang main nombor beb, kuda mesin semua tu judi beb, salah! Hapisbudin tu dari kecik aku buli beb, sekarang dia ada problem jantina beb, dia ada dua alat sulit beb! bahaya beb! gua lu gua lu apa lu ni orang baba nyonya ke? little manson tu gua tengok muka dia takot la.. gigi dia tak lawa la beb, beb gua nak tukar beb kepada babe balik boleh tak beb?

gua rasa lu memang hebat, gua baca post lu semua memang berbakat la. Ada feel gua baca blog lu babe, macam baca one piece sambil duduk bersimpuh la babe, lu tau kan bersimpuh? takkan lu taktau beb.. eh babe ke beb??


roh keji

Chan said...

haha not yet. lol

Sir Pök Déng said...

What a thought-provoking post you have here. I like it. I'm thinking to put yours into my blogroll (or my read list) how about that?

Sir Pok Deng

Chan said...

sure. not a prob. =)

Faiq said...

Well said on how f**ked up ur life is going.. At least u are able to make it sound very optimistic... And yeah, sometimes even the worst day can be turned to be a pretty well once u look on bright side.

Anonymous said...

ya. tuhan sayang manusia yang sayang tuhan. tuhan beri yang kita suka dan tidak suka. yang kita suka patut kita bersyukur. yang kita tak suka anggap itu sebagai ujian. dan ujian itu hanya untuk manusia yang dia sayang. dan jangan berhenti berharap dengan rahmat tuhan.

Misya Idris said...

hye!!lurve this entry.. i'll link ur blog ok? :)

Chan said...

i'd loved that. thank u. =D