Sunday, January 11, 2009

Kami Berhimpun Untukmu Palestin!

Haibar Haibar!
Haibar Yayahud!

(Hancur Hancur!
Hancur Yahudi!)

Berikut adalah tulisan kawan saya, hasil daripada interview saya terhadap 'Perhimpunan Untukmu Palestin'. Dialah salah seorang kawan saya yang telah pergi ke Perhimpunan itu. Saya amat berminat untuk mengetahui tentang pengalaman di situ, saya juga percaya yang kamu sebagai pembaca juga amat berminat untuk mengetahuinya. Diharap entry ini memberikan kesedaran dan manfaat kepada kamu. Dengan Izin Tuhan.

Hidup Hidup!
Hidup Islam

Allahuakbar!

Bergema laungan kata-kata semangat jihad sama seperti yang dilaungkan oleh pejuang2 di Palestin.Jumaat bertarikh 9/1/2009 merupakan tarikh dan titik perubahan tahap pemikiran aku yang merubah tanggapan aku terhadap hidup didunia yang penuh limpahan darah, penuh hipokrit politik kuasa besar dan pencemaran kuku besi yang berkarat diresapi darah.

Perhimpunan Untukmu Palestin yang brtempat di Masjid KLCC anjuran pakatan pelajar belia2 Islam semenanjung harini telah menyedarkan aku bahawa masih ada umat Islam di Malaysia yang sedar akan kezaliman yang dilakukan Israel Zionis terhadap saudara seagama. Perarakan beramai2 secara aman dari Masjid KlCC hinggalah ke kedutaan Arab saudi dilakukan untuk mngutuk tindakan Israel dan mmprotes tindakan Mesir yang membuat sekatan bantuan dari dunia luar seperti perubatan, pakaian, dan makanan dari smpai ke Palestin.

Sebelum aku mendaftar untuk menyertai perhimpunan ni, aku dengar ada 3 pendapat berbunyi di belakang aku sayup-sayup.

Pendapat 1: 'Alah, diorang protes2 ni, Israel dengar ke?'
Pendapat 2: 'Kite dah hidup aman ni buat ape la nak sebok2 hal org(Palestin) tu?'
Pendapat 3: 'Saudara kita, agama kita dizalimi, dicaci. x kan nak berdiam dri?'

Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Bila terdengar orang berpendapat 1 dan 2, kita dah kurang seorang yg mempunyai sifat iman atau percaya akan Tuhan kat dunia ni, yang beranggapan protes yg dilakukan ni sia-sia. Cuba bayangkan terdpt 10 ribu org brpndapat sama, tidakkah itu merugikan? tidakkah mereka mempunyai Tuhan? Tidakkah tenaga sebanyak itu dapat disalurkan supaya meringankan beban mangsa perang dari segi mental, moral dan bantuan khidupan? tetapi mereka buta.buta hati. Konsep Iman atau 'Faith' tidak kira agama mana sekalipun mempercayakan kuasa Tuhan. Kenapa kamu selaku makhluk ciptaan Tuhan yang hina telah lupa akan kuasaNya? Kenapa kamu selaku makhluk ciptaan Tuhan tidak percaya akan kuasaNya? Ini lah yang terjadi kepada rakyat Malaysia yang disuap terlalu banyak kemewahan sampai mereka lupa tangan yang telah menyuap mulut mereka sndiri.Lalai.

Dunia skarang ni dilanda huru hara. Kita dilahirkan dgn sifat belas kasihan. Kita benci jenayah. Kita benci darah dan perang. Kita benci tindasan dan peluru. tapi apa sumbangan kita untuk membenci perang tersebut? Cuma duduk dirumah, membatu, dan mencaci kekejaman zionis selepas melihat kepala budak yang tertimbus oleh bangunan runtuh akibat bedilan bom Yahudi di dalam surat khabar dan tidak berbuat apa-apa? atau bergembira disamping keluarga dan tidak mengendahkan isu semasa? Apa sumbangan anda untuk mengecapi dunia yg indah aman seperti yg diimpi2kan?

Harini juga aku sedar bahawa konsep bersaudara dalam Islam amat suci dan mengkagumkan. Dikuatkan lagi dengan potongan2 ayat Quran dan hadis Rasulullah s.a.w supaya menjaga kehormatan agama agar tidak dihenjak2 dan dipermainkan. Jadi sebagai seorang manusia, (khususnya muslim) yang beragama, yang masih mempunyai sifat perikemanusiaan,sanggupkah anda menutup mata sedangkan anak2 kecil dibumi Palestin mati berselerakan tertambus dek batu2 konkrit bangunan? Sanggupkah anda mengabaikan dan mengatakan 'x pa' smbil melihat mata ibu2 yang bergenang air mata kesedihan, menangis, menjerit melolong meminta bantuan sambil merangkul anak mreka yg kesakitan mengalir darah yang hangat di riba? Sanggupkah??!

Diikutkan hati yang membara ni, ingin saja pergi ke Palestin berjihad sama berperang darah bersama pejuang Islam lain mempertahankan negara dari Israel yang dilaknat. Tapi apakan daya. Yang mampu hanya memprotes. Protes untuk meluahkan rase benci akan perang, protes atas nama kemanusiaan, protes kerana kasih kepada saudara seagama dan protes menunjukkan kasih terhadap agama yang tercinta.

Berbanding dengan pendapat tdi, mana lebih baik?
Protes aman membantah kezaliman untuk membuktikan kita masih mempunyai hati seorang manusia atau cuma menonton tv dan surat khabar, mencaci2 perang seorang diri dan berdiam diri, mengumpul harta dan berlagak seperti tiada apa2 yg berlaku?

Sekurang2nya protes aman yang dilakukan untuk membantah kezaliman zionis ni menunjukkan Malaysia masih ada manusia yg masih sayangkan agama dan keamanan, mungkin lebih baik mendapat liputan akhbar dan media massa, dan memberitahu dunia yg kita, rakyat Malaysia juga bersama-sama turut serta dengan negara2 lain mengutuk sekeras kerasnya kezaliman perang. dan bukannya duduk berbual kosong bersama kawan2 di warung mamak, kutuk perang sana sini tapi semangat dan usahanya tiada? macam tin kosong yang berkarat diketuk. bunyi kuat isi tiada. hambar. tiada siapa mendengar.x membwa prubahan apa-apa.

Konsep bersaudara dalam Islam amat kuat. Kita seharusnya prihatin akan nasib saudara kita seperti yg diriwayatkan didalam hadis nabi. Rakyat israel sendiri tidak meredhai perang yang berlaku. rakyat Israel sendiri benci akan peperangan. Sebagai saudara seagama yang sepatutnya paling rapat dengan saudara di palestin, xkan nak berdiam diri? X malukah anda kepada diri sndiri? Sebagai seorang Islam, protes ini adalah untuk mengecam kezaliman Israel dan mencari keredhaan Allah. Aku tidak mahu ketika diakhirat kelak, aku disoal akan tanggungjawab aku kerana membiarkan saudara seagama mati di tindas dan dihina tanpa berbuat apa-apa.

Aku tabik akan manusia2 yang berjuang sama memprotes kekejaman Yahudi di negara2 seperti Indonesia dan negara2 lain, abang2 posman, pakcik lori, student2 foreigner, pelancong dan orang awam yang turut serta dalam protes ni.
tidak lupa juga mereka yang bukan Islam yang sayangkan keamanan, fotografer2 dan belia2 berpakaian seperti 'kaki2 gig' yang turut serta membawa sepanduk bantahan. Ini mmbuktikan mereka masih ada hati seorang manusia. Sesungguhnya jasa mereka tidak trnilai. Moga- Mogaan sifat2 mereka di jadikan ikutan ramai. Terima kasih anda semua! Hanya tuhan yang dapat mmbalas jasa kamu semua.

Wahai rakyat dan pejuang Palestin yang berperang untuk menjaga kehormatan keluarga, agama dan negara, teruskanlah berjuang. Kami sentiasa bersama kamu dalam doa2 kami. Moga-mogaan dihilangkan sifat gerun dan takut dalam diri kamu dan terus berjuang memerangi Israel laknatullah sehingga ke titisan darah terakhir dan syahid. Allahuakbar!

Biarlah Yahudi membutakan mata mereka, memekakkan telinga mereka dan menghiraukan jeritan dan tangisan keamanan, tapi biarlah Allah tahu dan memberkati perjuangan ini. Sekurang2 inilah cara aku berjihad di jalanNya. InsyaAllah.



Ini merupakan satu entry yang amat bersemangat dan menarik yang dipersembahkan oleh kawan karibku bernama Fadhli a.k.a Paul. Jikalau ditanya pula pendapat saya terhadap protes ini, Israel memang tidak akan dengar laungan jihad para protes. Tetapi sekadar memberi keinsafan dan kasih simpati kita terhadap saudara-saudara kita di Palestin tidak kira Islam, Kristian, atau agama lain. Saya juga percaya bahawa protes ini mungkin tidak memberi apa-apa kesan terhadap para zionis yang tamakkan tanah ini. Tetapi saya percaya protes ini akan menghasilkan beberapa golongan yang akan menyumbang tenaga kepada Palestin pada suatu hari nanti. Oleh itu, jika anda yang menghadiri protes itu boleh menangis-nangis dan melaung-laung, apa salahnya jika anda melengkapkan diri anda dengan ilmu agar dapat menyumbang serba sedikit kebaikan kepada rakyat Palestin? Di situ lah titik penentuan 'iman' atau 'faith' kamu. Saya menghormati orang-orang yang telah memberi 'Pendapat 1' tadi. Fikiran mereka amat realistik, saya berharap mereka akan membuat sesuatu yang 'akan didengar Israel' satu hari nanti. Kalau pergi protes itu hanya sekadar nak tunjuk 'iman' baik x payah. Aim saya bukan untuk sekadar pergi melaung jihad, aim saya lebih 'tamak' sikit. Aim saya adalah sama dengan rakyat Palestin, iaitu kedamaian. Bukan sekadar laungan memberikan semangat.

Saya sebagai non-muslim rasa amat tersinggung kerana saya tidak dibenarkan untuk menyertai perhimpunan ini. Apakah non-muslim tidak layak menangis untuk rakyat Palestin yang kini tertindas dan dibunuh sesuka hati oleh Zionis? Aduh, kafir ada tiga tahap itu semua orang pun tahu. Ada juga kafir yang menyayangi muslim. Saya kurang faham apabila universiti saya mengeluarkan brochure itu dengan statement 'Hanya mahasiswa muslim sahaja'. Tersinggung sungguh, rasa terluka di hati.

Kepada para zionis: 'Suci sangat ke Tanah tu kalau dah disimbah darah untuk beratus tahun?'

Kepada para protes: 'Protes pun protes juga, harap-harap satu hari nanti kamu mampu mewujudkan kedamaian di bumi Palestin satu hari nanti. Dengan Izin Tuhan.'

2 comments:

Muhammad said...

u din allowed to join eh? we just had "peace for palestine" here in india, almost the same thing.. program tu semua pun boleh join.. more to humanity point of view, not religious at all... glad to know that you also bother about this issue.. orang islam sendiri pun ramai tak ambil tahu...

Muhammad said...

ah btw, kirim salam kat adik... hahahaha